? ??????????????This Beating Heart? ????? ?? ???Rating: 4.3 (33 Ratings)??6189 Grabs Today. 26948 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????Crystal Drops? ????? ?? ???Rating: 4.2 (49 Ratings)??6121 Grabs Today. 32339 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
aku meneruskan perjalanan hidupku
tanpa dia..dan ini cerita hidupku...

Perjalanan Hidup

Perjalanan Hidup

23 Ogos 2015

dah seminggu aku demam, tak baik2, baru2 ni aku pergi klinik, dua kali check darah, mmg dorang ni dracula betul. doctor syak aku kena denggi, tapi bukan. aku ajak housemate pergi joging. ingatkan kebah la sikit demam. mlm tu aku demam sampai aku tak larat buka mata, esok isnin, malam ni demam lagi. aku tak tahu kenapa tak baik2 lagi demam ni. batuk selsema still ada. aku teringat, ada customer nak buat design. aku batuk tak berhenti2 sampai aku menangis tahan sakit, aku passkan kerja aku kat akak sbelah meja aku. dah banyak kali dalam masa seminggu sampaikan bos tanya aku tak ada kerja ke?tapi aku diam, aku tak nak petah cakap dia, semalam, aku kerja half day sebab sabtu kan. aku betul2 tak tahan sampai aku tertidur kat dalam office tu, aku check darah for second time lepas balik kerja, doktor cakap, aku still demam but ada jangkitan kat paru2, tak ada suspect denggi. aku bagitau along. dia suruh aku balik rumah mak rest kat sana.tapi aku tak nak.aku tak larat nak balik. dia ingat aku demam seminggu aku stay kat rumah sewa sedangkan aku kerja.aku harap esok demam aku dah kebah.aku tak boleh buat kerja kalau aku demam macam ni.

maaf,
aku tak mampu lagi untuk membalas,
aku tak mampu lagi,
biarpun hati ada yang sakit,
aku tak mampu lagi,

tetapi,
hati ini tak mampu untuk menipu,
aku rindukan kau.

Tuhan,
aku amat merindukan dirinya,
telah aku mohon padaMu agar dapat melupakan kisah silam aku,
melupakan segalanya untuk mulakan hidup baru.

sebelum aku jejak kat shah alam, aku solat istikharah dan meminta izin dengan mak untuk berkerja kat sini. dengan izin-Nya, aku memulakan karier sebagai designer. Alhamdulillah, aku belajar mcm2 kat sini. setakat ini aku tak lupa diri, tak lupa pada Tuhan, tak lupa pada family.

dah seminggu aku duduk sorang kat rumah sewa,
macam2 aku fikir, macam2 aku berangan, macam2 aku teringat.

aku teringat,
teringat mak, Alhamdulillah, dia dah boleh jalan tapi tak sepenuhnya. bila tulis pasal mak, aku terkenang masa kat rumah dulu, mak diserang strok, separuh badan tak boleh jalan, masa first kena memang aku bersabar dengan karenah mak, sebab mak tak kuat macam mak kena kanser dulu, sampailah satu hari, adik beradik aku tegur, jangan berkasar dengan mak, mungkin mereka tak faham sebab mereka tak duduk kat rumah tu jaga mak. jaga orang sakit perlukan kesabaran dan ketabahan hati. sampailah kakak aku tegur, aku bersendirian dengan mak dan aku cium tangannya aku menangis dan meminta maaf,aku cakap padanya "mak, orang nak mak dulu, mana semangat mak? dulu mak lain, sekarang lain, orang minta maaf sebab kasar dengan mak, orang nak mak yang dulu".

mak membalas,
" mak bukan macam dulu, Allah suruh mak rehat, mak faham kenapa kau jadi macam ni, kau dah banyak bersabar" air matanya jatuh, aku amat bersalah dengan dia kerna jatuhkan airmata seorang ibu, dosa besar aku padanya. mulai dari hari itu, aku tekad untuk menjadi anak yang taat pada orang tua, aku berdoa sepanjang masa, aku mohon mak cepat sembuh dan kembali seperti dahulu. agar hatinya dan hati aku tabah menghadapi dugaan dan tak lupa pada dia dan kawan2 aku.

Semangat

motor hitam,

lapar cari makanan,
satu simpang,
pak gajah lalu lintasi aku,
perggghhh,
semangat aku hilang,
kalau dipijak,
entah ke mana mata aku, hidung, tangan dan rambut aku.

Kenangan

earphone di telinga,
terbaring aku terkulai layu di sofa,
menanti nan senja merah,
lagu yang dimainkan memainkan perasaan sebagai latar ,
padan memang padan,
tersenyum sendiri tatkala merpati terbang dilangit biru,
kenangan video berlatarkan lagu,
tapi video dimata yang memainkan peranan sebagai kanta kamera,
cantik,
indah,
kenangan paling indah.

Hamba

Aku manusia,
bukan robbot,
aku manusia,
bukan mesin,
aku HAMBA,
HAMBA pada Tuhan yang satu.

Lena

lena kau memejamkan mata dibuai mimpi,
aku hanya mampu lihat tanpa berkata,
indah bila kau tersenyum,
menawan hati aku pabila mata kau tepat ke mata aku,
tapi,
kau tak akan pernah jatuh pada aku,
aku menghitung hari,
melihat jam dinding,
bunyinya amat laju,
malam ini hanya seketika aku melihat kau.

19.05.2015

30 minit lagi,
Selamat Hari Lahir,
maaf aku tidak ada kemampuan untuk mengucapkan,
semoga kau capai apa yang kau impikan,
semoga kau sihat sejahtera di sana,
semoga kau sentiasa tersenyum di sana,
akan aku doakan kebahagian,
sentiasa,
30 minit lagi,
tutupnya tirai hari lahirmu,
selalu aku berkata akan ucapkan di akhir waktu,
kerna aku ingin menjadi insan yang terakhir di dalam hidupmu,
namun aku tak mampu,
kau,
sentiasa dalam ingatan,
"Selamat Hari Lahir Buat Insan Yang Pernah Hadir Didalam Hidup Aku"

Maafkanlah

bonda,
maafkanlah anakanda mu ini,
sesungguhnya aku tidak mahu melukai hatimu,
bonda,
lekaslah bangkit,
bangkit dari kesakitan,
kasihanilah anak mu ini,
yang ingin lihatmu kembali pulih,
yang inginkan sempurnakan impian anaknda mu ini,
bonda maafkanlah anakanda mu ini yang sentiasa kasar denganmu,
maafkanlah,
demimu bonda,
aku korban masa depanku,
biarlah lambat,
aku tetap sabar.

AKU

aku rindu,
aku diam,
aku rindu dan aku sayang,
aku pendam,
aku rindu, aku sayang dan sendirian,
aku hilang,
aku rindu dan aku sayang,
aku pendam,
aku rindu,
aku diam.


tangan dan mulut berserta suara,
yang dipanggil 'DOA'
sentiasa sebut namanya kepada Ilahi,
agar disampaikan padanya,
moga-moga ketenangan dan kebahagian,
aku,
rindu.

Ayah

berbadan tegap,
berbaju putih,
berkulit gelap,
aku duduk dibelakangnya,
angin lalu kencang,
teringat zaman ABC,
dia yang selalu aku peluk pada zaman itu,
kini sebesar badan aku,
kekok dibelakang,
menggamit susut tubunya,

'AYAH'

Amnesia

hati,
bersabarlah,
akal,
lupakanlah,
jika aku ada,
mungkin tak sakit lagi,

"amnesia"

RM20

20 ringgit,
itu sahaja yang aku mampu berikan,
20 ringgit,
jikalau aku mempunyai harta yang banyak,
jikalau aku mempunyai sihat tubuh badan,
akan aku dermakan,
20 ringgit.

Jauh

aku,
ingin jauh dari semua ini,
aku,
inginkan ketenangan,
aku,
inginkan catatan aku disempurnakan.

Koma

Koma,
perkataan yang hanya mampu aku ungkapkan,
koma,
aku tidur dan bermimpi,
corong dimulutku,
denyutan jantungku terpapar di monitor,
koma.

8.03.2015

Tuhan,
aku amat rindukan dia,
berikanlah petunjuk,
agar dia juga rindukan aku.

Bonda

Bonda,
maafkan aku,
keras berkasar denganmu,
maafkan aku,
maafkan aku,
maafkan aku.

Sembuhkanlah

akhirnya aku mengalah dan tunduk,
impian aku hancur,
Tuhan memberikan aku dugaan,
sembuhkanlah bonda aku, Ya Allah,
agar aku kembali berjuang mengejar cita-cita,
aku lelah,
kepanasan di dalam diriku tidak dapat aku sirami.

Dia

saat kita butuh,

kita mencari DIA,
saat kita tiada siapa-siapa untuk diluahkan,
kita meluahkan kepada DIA,
tetapi,
pada saat kita bahagia dan kecapi apa yang kita inginkan,
kita alpa dan lupa,
siapa yang ada dengan kita,
saat kita tidak mempunya apa-apa?
SEDARKAH KITA?

Ubat

saat aku jatuh,

kau,
ketawakan aku bersama dengan si dia,
saat aku baru pulih,
kau hadir,
cerita pada saat kau dan dia,
aku cuba tahan kesakitan,
aku cuba mendengar keluhan kau,
aku cuba bersabar apa yang kau ucapkan,
akhirnya,
ubat aku untuk mencuba adalah senyuman aku sendiri,
tawa aku sendiri,
saat ini,
aku pergi dan aku akan teruskan impian.

Bintang terang

setiap kali aku merenung ke luar,
melihat awan,bintang dan bulan,
pasti akan aku katakan 'bulan' adalah aku,
bintang yang paling tertang adalah kau,
dan kali ini,
kau tetap ada,
tetapi bukan bintang terang lagi untukku,
air mata mengalir ke pipi,
tanpa siapa ketahui.

Di sebalik

aku,
bersembunyi disebalik tawa,
aku,
bersembunyi disebalik senyuman,
aku,
bersembunyi disebalik bayangan,
di setiap pejaman mata aku,
matanya,
bibirnya,
wajahnya,
bermain dimimpi benakku,
kesan kasih sayang kau,
masih lagi di hatiku,
perit aku menunggu bayanganmu,
namun,
sia-sia,
akhirnya kau jadi miliknya dia tanpa aku ketahui.

Sejenak lagi

Dahulu,
Terlampau banyak aku membohongi kau,
kerna,
cinta dan sayang aku tidak mahu lukai kau,
sejenak aku diberi peluang,
kau,
aku abaikan,
ini kerana aku mahu kau mengerti,
aku juga perlu perhatian dari hati kau,
sejenak lagi,
aku meminta peluang untuk tebus kesalahanku,
namun,
kau akhirnya mengalah,
kau berputus asa,
dengan sikap aku yang selalu 'abaikan' kau,
hati kau sudah tertutup sudah untukku,
dan aku,
bawa diriku sehingga luka sembuh.

Teringat

pedih hati ini,
sakit jiwa ini,
teringat aku teringat,
di saat kau meletakkan kepala mu dibahunya,
wajah kau menunjukkan kau bahagia,
namun,
tiada siapa yang tahu perihal disebaliknnya,
Senyumanmu.

Nama

pada setiap hujung doaku,
pasti ada namamu,
menginginkan kau bahagia dan tenang di sana,
menginginkan senyuman ikhlas dari bibirmu,
walaupun aku tidak ada dihadapanmu,
aku selalu disini,
hanya sekali sahaja aku mahu kau memandangku,
hanya sekali.