? ??????????????This Beating Heart? ????? ?? ???Rating: 4.3 (33 Ratings)??6189 Grabs Today. 26948 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????Crystal Drops? ????? ?? ???Rating: 4.2 (49 Ratings)??6121 Grabs Today. 32339 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
aku meneruskan perjalanan hidupku
tanpa dia..dan ini cerita hidupku...

Perjalanan Hidup

Perjalanan Hidup

12 Oktober 2015

ZIZAN - MASA LALU.wmv







Tiada tetesan air mata
Ku rasa kini kering sudah
Meratapi masa laluku
Yang tak berpihak kepadaku

Kini engkau ada dimana
Ku tak tahu apa kabarmu
Mungkinkah nanti ku temui
Dirimu yang aku cintai

Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku





*Saya harap awak dengar..tersangat rindukan awak..

11 September 2015

Salam..malam ni.aku tak tau kenapa hati aku sedih sgt..aku rasa air mata ni nak keluar..tpi aku tahan..aku tak tau apa yg buat aku sedih..dalam doa tadi aku tak dpt tahan lagi..basah pipi aku..kenapa mlm ni sgt2 lain.dalam fikiran aku.mungkin aku penat sgt.fikir kerja.hari ni pun bdn aku start dmm balik.mungkin betul ckp housemate aku.effect ubat tu kot.. sampai emosi aku tak terkawal lagi.semalam dan hari ni aku tanya housemate aku sbb dia ambil kos medic..aku tanya pasal ubat.dia ckp semua betul.emosi aku akan terganggu.bibir aku akan kering.rambut aku akan gugur.aku rasa selalu haus.mood aku akan bertukar2..aku takut bila aku tak ada mood.aku termarah siapa2.. tapi jenis aku bukan cepat marah skrg.sbelum aku ambil ubat tu.aku doa panas baran aku dikurangkan dan Alhamdulillah berkurangan.tapi kenapa lepas ambil ubat tu aku dah tak boleh control lagi.semua benda aku terpaksa bersabar.aku mengucap setiap kali panas baran aku datang.aku tak nak mengamuk lagi macam dulu.aku terpaksa ambil ubat tu..Aku harap aku tak putus doa sampailah bila2.. 

2 September 2015

berlembutlah dengan orang yang kasar kerana jauh di sudut hatinya,
dia sangat-sangat rindu dan perlukan kelembutan kita.

bunuh ego mereka.

dengan kelembutan cara dan kata.

-dr. anwar fazal.


aku mengaku.aku sunyi..tapi hati tetap bertahan dan bersabar.

air mata?
aku tak mampu katakan lagi,
apa khabar kau di sana?
adakah semuanya baik?
adakah semuanya berjalan lancar tentang impian kau?
apa khabar kau di sana?
jawablah pertanyaan aku di dalam hati kau.

28 Ogos 2015

Salam.kenapa jadi macam ni??hati aku tak berapa sedap malam ni.nak dekat pukul 1 pagi.mata aku tak dapat nak lelap.badan aku memang penat.tapi hati aku terlampau risau.aku tak tau aku risaukan tentang apa.kenapa malam ni aku rasa nak mengalirkan air mata? Sebab apa?esok malam aku nak gerak balik rumah mak dah.tak kan risau lagi.tak aku risaukan tentang seseorang?tak mungkin.sebab tiada siapa yang perlu aku risaukan selain family aku.tapi.kenapa perasaan ni kuat sangat malam ni yang semua dalam fikiran tentang dia.urrmmmm.. mungkin ya.mungkin tidak.tapi aku ..entahlah..aku mungkin tak endahkan khabar berita tentang dia dari kawan2 aku.tapi aku amat ambil berat pasal dia.aku tak nak bertanyakan pasal dia dekat kawan2 aku.mungkin mereka akan cakap aku masih berharap dengan dia.tak sama sekali.aku cuma...arrgghhh..apa lagi kali ini perasaan mainkan aku.?aku rasa dalam dilema.kenapa?mungkin aku terbayang waktu dia dan kekasih yang dia kata 'boleh bahagiakan dia? ''Mungkin'..aku tak tahu..cuma sepanjang email yang dia hantar..aku cuma mahukan ayat yang lembut keluar dari mulut dia..tak cukup ke aku berlembut untuk tak sakitkan hati dia.?aku teringat saat dia menegur cara aku sindir dia di twitter.aku dah minta maaf.mungkin aku fikir diri sendiri masa tu dan tak sangka dia baca..aku betul2 minta maaf.tapi caranya dia membalas email buatkan aku kecil hati.ayat dia.aku cuma mahu dia berikan ayat dan cara yang buatkan aku ingin berhubung dengan dia selalu.tapi mungkin dia tak sedar.mungkin masa tu dia terlampau marahkan aku.aku faham.tak apalah.aku pun sentiasa maafkan dia.cuma aku tak nak dia derita lagi.sudah cukup buat aku gembira bila dia sudah bahagia.sekarang.aku selalu lari dari dia.bukan aku takut.tapi dia mengajar aku untuk lari dari dia.aku jadi fobia dengan dia..


Maafkan aku tapi aku teramat rindukan kau.

26 Ogos 2015

hati-hati sayang,
insan ini yang pernah hadir dalam diri kau dulu,
hati-hati sayang,
insan ini masih terbayangkan kemesraan kau,
hati-hati sayang,
insan ini masih belum sembuh lukanya,
hati-hati sayang,
insan ini masih belum kuat untuk berbicara,
hati-hati sayang,
mungkin insan ini masih dalam dilema untuk memulakan ayatnya,
hati-hati sayang,
insan ini amat rindukan kau sehingga terkulai di dalam mimpinya,

salam, bila kita sendirian terkadang kita akan ingat perkara yang lepas, segalanya macam wayang di fikiran. kadang2 aku joging kat stadium dgr lagu, bayangan aku hanya perkara yang lepas, aku sering tertanya2 kenapa aku macam ni,

cerita perkara yang lepas,

aku teringat, aku meroyan sebab si dia tak nak lagi teruskan hubungan, ceh..hahaha..cerita kenangan la ni..hahaha..tapi perkara yang aku tak boleh lupa, aku nak bunuh diri dan aku mabuk teruk.cerita pasal bunuh diri tu aku pass lah sebab cerita tu sangat panjang. ni cerita aku mabuk teruk kat melaka dan kl.

masa tu aku aku dah start kerja..baru masuk kerja dah buat hal..hahaha..-_-'..aku minta cuti kat bos kononnya nak pergi melaka nak uruskan hal U la..padahal nak kenang benda yang lepas..maklumlah tak dapat nak move on lagi..urmmm..aku pergi sana 2 hari jea..lps aku ambil angin kat sungai melaka. saja duduk2 tapi aku tak tau kenapa aku boleh call dia..1st aku tak tau tangan aku ni gatal tekan dial..2nd aku takut dia tak angkat..dipendekkan cerita apa yang aku ingat dia cakap 'pergi la mixx, kat sana ramai perempuan, carilah kat sana'..urmmm..susah aku nak tafsirkan perasaan aku sendiri..hahaha..ok..sekarang aku nak skip bab aku masuk mixx..

aku masuk mixx pukul 11..agak awal lah.aku terserempak dengan kim..yang malam tu dia kerja..panjang jugak lah borak kami..then aku cari table..aku order satu bucket ada 5 botol..sepanjang aku duduk sensorang kat table tu..aku perasan ada minah usha..but aku buat bodoh..aku layan lagu sambil minum..lepas aku habiskan 3 botol sensorang..makin ramai yang datang malam tu..aku lek lagi..aku layan lagi lagu dengan sebotol lagi..tapi aku tak rasa mabuk malam tu..aku text kim ..'kim, aku tak rasa apa 4 botol dah ni' kim ckp nak sebotol..ok..aku bai sebotol kat kaunter yg dia jaga and then aku nak say goodbye..malam tu turun jea lif..nak balik hotel..aku rasa semacam kepala aku..ringan ..aku jalan pun semakin urmmm ..apa orang cakap ..terbang..itu memang namanya mabuk..sampai kat lot kedai2..aku semakin tak stabil..apa yang aku ingat..aku muntah kat jalan..akhirnya aku terduduk kat longkang dan aku gelak sebab apa pun aku tak tau..boleh tak aku sambung gelak?bukan ek orang tau blog aku ni..hahahhahhahahahahhahaha...then lepas aku dah sober sikit..jalan pun still tak betul..aku nak naik bilik..tapi pintu tu ada password..punya la cari bagai nak tertanggal seluar ni..rupanya tinggal dalam bilik..apa lagi..minta password kat penjaga malam tu dengan bau mabuk kuatnya..akhirnya aku dapat masuk bilik..dan aku sambung muntahhh..pergghhhhh..lepas lega sambung muntah aku terus jatuhkan diri aku kat tilam dan aku gelak lagi..aduyaaiii..aku tak tau apa yang aku gelakkan..tercari2 jugak jawapan kenapa..akhirnya mata aku terpejam dengan sendiri..

kali kedua aku mabuk masa aku nak follow ejat masuk club sbb masa tu mmg ada org payung minum bagai dekat kl..aku pun tak tau apa nama club tu tapi ramai plak anak bk kat situ yg tegur aku..ok..aku agak malu dan tundukkan muka..finally aku masuk..first dorang bukak black label 1 botol.,aku pun layan la..aku tak campur coke pun..then aku minum..orang sebelah table aku tegur..dia kata dia bagi air botol black label..tinggal separuh jugak lah sebab dia nak blah dah..aku pun cakap lah 'bro..thanks'..apa lagi bedal lah sensorang..bila dah high aku layan lagu..aku tengok semua dah macam unta..angguk2 geleng2..hahhahahhahhaaha..apa yang aku igt..aku tak tahan terus aku muntah dalam toilet dengan..ntah..hahahhaha..semua pandang..but ada sorg budak ni..dia kata dia kenal aku..dia tolong aku..dan dia papah aku pergi kat meja aku..at then membe aku bawa aku masuk kereta..sorang2 papah aku..yang aku ingat bawa aku pergi kereta..ejat..adik ipoh..dengan laki dia..dan madi..astaga..sampai 4 orang papah aku bergilir2..kesian dorang..tak sampai lagi kat kereta..aku jatuh..ejat cerita..masa aku jatuh..aku jerit..'aku sayang dia'..dah sudah..betul ke??hahaha..masa tu..aku tak tau aku meroyan sampai aku menangis..urmmm..mungkin hati aku tersangat sakit..bila bayangan dia dgn bf dia..muncul..

lepas semua tu..aku tersedar..minum..mabuk..bukanlah jalan penyelesaian..sekarang ..aku tak macam dulu..biarpun nafsu terkadang suruh masuk..suruh ambil benda2 tu..aku kuatkan diri aku..aku kuatkan hati aku..Alhamdulillah..aku sujud kembali pada yang esa..biarpun luar aku di pandang hina..biarlah..dalaman hanya DIA saja yang tahu..cuma perkara yang selalu kita kena ingat.."berubah itu senang, untuk kekalkan amat sukar" kerna di sekeliling kita ada suhu panas untuk suruh kita berubah sekali lagi..

aku harap..aku tak kembali seperti dahulu..

dimanakah penghujung kisah ini?

tiada apa yang aku dapat katakan.
senyum itu sahaja yang aku mampu.

24 Ogos 2015

aku ingin ketenangan,

keseorangan,
langit biru di kepala aku,
sambil menghayati siang melabuhkan tirai,
mendengar burung berkicauan,
terbaring sambil mendengar lagu yang dimainkan oleh ombak,
memejamkan mata untuk seketika,
alangkah indahnya,
saat itu,
aku dapat begitu,
aku ingin ketenangan walaupun hanya sebentar,


salam, hari ini baik sikit dari semalam.cuma batuk dengan selsema tak dapat dipisahkan lagi, pagi tadi macam biasalah bangun, mandi, subuh dlu, then golek2 sampai pkul 8.tetiba rajin pulak hari ini, dhuha sebentar.aku pun naik lif pergi kat motor sambil earphone kat telinga. aku tak expect pun terbuka lagu papinka - sampai hati.sepanjang perjalanan aku nak pergi kerja tu.dgn lagu macam tu.macam aku tengah buat video lak.kadang2 mmg best.tapi ada gak yang sayu.entahlah..kadang2 aku nak tergelak bila fikir balik.

23 Ogos 2015

dah seminggu aku demam, tak baik2, baru2 ni aku pergi klinik, dua kali check darah, mmg dorang ni dracula betul. doctor syak aku kena denggi, tapi bukan. aku ajak housemate pergi joging. ingatkan kebah la sikit demam. mlm tu aku demam sampai aku tak larat buka mata, esok isnin, malam ni demam lagi. aku tak tahu kenapa tak baik2 lagi demam ni. batuk selsema still ada. aku teringat, ada customer nak buat design. aku batuk tak berhenti2 sampai aku menangis tahan sakit, aku passkan kerja aku kat akak sbelah meja aku. dah banyak kali dalam masa seminggu sampaikan bos tanya aku tak ada kerja ke?tapi aku diam, aku tak nak petah cakap dia, semalam, aku kerja half day sebab sabtu kan. aku betul2 tak tahan sampai aku tertidur kat dalam office tu, aku check darah for second time lepas balik kerja, doktor cakap, aku still demam but ada jangkitan kat paru2, tak ada suspect denggi. aku bagitau along. dia suruh aku balik rumah mak rest kat sana.tapi aku tak nak.aku tak larat nak balik. dia ingat aku demam seminggu aku stay kat rumah sewa sedangkan aku kerja.aku harap esok demam aku dah kebah.aku tak boleh buat kerja kalau aku demam macam ni.

maaf,
aku tak mampu lagi untuk membalas,
aku tak mampu lagi,
biarpun hati ada yang sakit,
aku tak mampu lagi,

tetapi,
hati ini tak mampu untuk menipu,
aku rindukan kau.

Tuhan,
aku amat merindukan dirinya,
telah aku mohon padaMu agar dapat melupakan kisah silam aku,
melupakan segalanya untuk mulakan hidup baru.

sebelum aku jejak kat shah alam, aku solat istikharah dan meminta izin dengan mak untuk berkerja kat sini. dengan izin-Nya, aku memulakan karier sebagai designer. Alhamdulillah, aku belajar mcm2 kat sini. setakat ini aku tak lupa diri, tak lupa pada Tuhan, tak lupa pada family.

dah seminggu aku duduk sorang kat rumah sewa,
macam2 aku fikir, macam2 aku berangan, macam2 aku teringat.

aku teringat,
teringat mak, Alhamdulillah, dia dah boleh jalan tapi tak sepenuhnya. bila tulis pasal mak, aku terkenang masa kat rumah dulu, mak diserang strok, separuh badan tak boleh jalan, masa first kena memang aku bersabar dengan karenah mak, sebab mak tak kuat macam mak kena kanser dulu, sampailah satu hari, adik beradik aku tegur, jangan berkasar dengan mak, mungkin mereka tak faham sebab mereka tak duduk kat rumah tu jaga mak. jaga orang sakit perlukan kesabaran dan ketabahan hati. sampailah kakak aku tegur, aku bersendirian dengan mak dan aku cium tangannya aku menangis dan meminta maaf,aku cakap padanya "mak, orang nak mak dulu, mana semangat mak? dulu mak lain, sekarang lain, orang minta maaf sebab kasar dengan mak, orang nak mak yang dulu".

mak membalas,
" mak bukan macam dulu, Allah suruh mak rehat, mak faham kenapa kau jadi macam ni, kau dah banyak bersabar" air matanya jatuh, aku amat bersalah dengan dia kerna jatuhkan airmata seorang ibu, dosa besar aku padanya. mulai dari hari itu, aku tekad untuk menjadi anak yang taat pada orang tua, aku berdoa sepanjang masa, aku mohon mak cepat sembuh dan kembali seperti dahulu. agar hatinya dan hati aku tabah menghadapi dugaan dan tak lupa pada dia dan kawan2 aku.

Semangat

motor hitam,

lapar cari makanan,
satu simpang,
pak gajah lalu lintasi aku,
perggghhh,
semangat aku hilang,
kalau dipijak,
entah ke mana mata aku, hidung, tangan dan rambut aku.

Kenangan

earphone di telinga,
terbaring aku terkulai layu di sofa,
menanti nan senja merah,
lagu yang dimainkan memainkan perasaan sebagai latar ,
padan memang padan,
tersenyum sendiri tatkala merpati terbang dilangit biru,
kenangan video berlatarkan lagu,
tapi video dimata yang memainkan peranan sebagai kanta kamera,
cantik,
indah,
kenangan paling indah.

Hamba

Aku manusia,
bukan robbot,
aku manusia,
bukan mesin,
aku HAMBA,
HAMBA pada Tuhan yang satu.

Lena

lena kau memejamkan mata dibuai mimpi,
aku hanya mampu lihat tanpa berkata,
indah bila kau tersenyum,
menawan hati aku pabila mata kau tepat ke mata aku,
tapi,
kau tak akan pernah jatuh pada aku,
aku menghitung hari,
melihat jam dinding,
bunyinya amat laju,
malam ini hanya seketika aku melihat kau.

19.05.2015

30 minit lagi,
Selamat Hari Lahir,
maaf aku tidak ada kemampuan untuk mengucapkan,
semoga kau capai apa yang kau impikan,
semoga kau sihat sejahtera di sana,
semoga kau sentiasa tersenyum di sana,
akan aku doakan kebahagian,
sentiasa,
30 minit lagi,
tutupnya tirai hari lahirmu,
selalu aku berkata akan ucapkan di akhir waktu,
kerna aku ingin menjadi insan yang terakhir di dalam hidupmu,
namun aku tak mampu,
kau,
sentiasa dalam ingatan,
"Selamat Hari Lahir Buat Insan Yang Pernah Hadir Didalam Hidup Aku"

Maafkanlah

bonda,
maafkanlah anakanda mu ini,
sesungguhnya aku tidak mahu melukai hatimu,
bonda,
lekaslah bangkit,
bangkit dari kesakitan,
kasihanilah anak mu ini,
yang ingin lihatmu kembali pulih,
yang inginkan sempurnakan impian anaknda mu ini,
bonda maafkanlah anakanda mu ini yang sentiasa kasar denganmu,
maafkanlah,
demimu bonda,
aku korban masa depanku,
biarlah lambat,
aku tetap sabar.

AKU

aku rindu,
aku diam,
aku rindu dan aku sayang,
aku pendam,
aku rindu, aku sayang dan sendirian,
aku hilang,
aku rindu dan aku sayang,
aku pendam,
aku rindu,
aku diam.


tangan dan mulut berserta suara,
yang dipanggil 'DOA'
sentiasa sebut namanya kepada Ilahi,
agar disampaikan padanya,
moga-moga ketenangan dan kebahagian,
aku,
rindu.

Ayah

berbadan tegap,
berbaju putih,
berkulit gelap,
aku duduk dibelakangnya,
angin lalu kencang,
teringat zaman ABC,
dia yang selalu aku peluk pada zaman itu,
kini sebesar badan aku,
kekok dibelakang,
menggamit susut tubunya,

'AYAH'

Amnesia

hati,
bersabarlah,
akal,
lupakanlah,
jika aku ada,
mungkin tak sakit lagi,

"amnesia"

RM20

20 ringgit,
itu sahaja yang aku mampu berikan,
20 ringgit,
jikalau aku mempunyai harta yang banyak,
jikalau aku mempunyai sihat tubuh badan,
akan aku dermakan,
20 ringgit.

Jauh

aku,
ingin jauh dari semua ini,
aku,
inginkan ketenangan,
aku,
inginkan catatan aku disempurnakan.

Koma

Koma,
perkataan yang hanya mampu aku ungkapkan,
koma,
aku tidur dan bermimpi,
corong dimulutku,
denyutan jantungku terpapar di monitor,
koma.

8.03.2015

Tuhan,
aku amat rindukan dia,
berikanlah petunjuk,
agar dia juga rindukan aku.

Bonda

Bonda,
maafkan aku,
keras berkasar denganmu,
maafkan aku,
maafkan aku,
maafkan aku.

Sembuhkanlah

akhirnya aku mengalah dan tunduk,
impian aku hancur,
Tuhan memberikan aku dugaan,
sembuhkanlah bonda aku, Ya Allah,
agar aku kembali berjuang mengejar cita-cita,
aku lelah,
kepanasan di dalam diriku tidak dapat aku sirami.

Dia

saat kita butuh,

kita mencari DIA,
saat kita tiada siapa-siapa untuk diluahkan,
kita meluahkan kepada DIA,
tetapi,
pada saat kita bahagia dan kecapi apa yang kita inginkan,
kita alpa dan lupa,
siapa yang ada dengan kita,
saat kita tidak mempunya apa-apa?
SEDARKAH KITA?

Ubat

saat aku jatuh,

kau,
ketawakan aku bersama dengan si dia,
saat aku baru pulih,
kau hadir,
cerita pada saat kau dan dia,
aku cuba tahan kesakitan,
aku cuba mendengar keluhan kau,
aku cuba bersabar apa yang kau ucapkan,
akhirnya,
ubat aku untuk mencuba adalah senyuman aku sendiri,
tawa aku sendiri,
saat ini,
aku pergi dan aku akan teruskan impian.

Bintang terang

setiap kali aku merenung ke luar,
melihat awan,bintang dan bulan,
pasti akan aku katakan 'bulan' adalah aku,
bintang yang paling tertang adalah kau,
dan kali ini,
kau tetap ada,
tetapi bukan bintang terang lagi untukku,
air mata mengalir ke pipi,
tanpa siapa ketahui.

Di sebalik

aku,
bersembunyi disebalik tawa,
aku,
bersembunyi disebalik senyuman,
aku,
bersembunyi disebalik bayangan,
di setiap pejaman mata aku,
matanya,
bibirnya,
wajahnya,
bermain dimimpi benakku,
kesan kasih sayang kau,
masih lagi di hatiku,
perit aku menunggu bayanganmu,
namun,
sia-sia,
akhirnya kau jadi miliknya dia tanpa aku ketahui.

Sejenak lagi

Dahulu,
Terlampau banyak aku membohongi kau,
kerna,
cinta dan sayang aku tidak mahu lukai kau,
sejenak aku diberi peluang,
kau,
aku abaikan,
ini kerana aku mahu kau mengerti,
aku juga perlu perhatian dari hati kau,
sejenak lagi,
aku meminta peluang untuk tebus kesalahanku,
namun,
kau akhirnya mengalah,
kau berputus asa,
dengan sikap aku yang selalu 'abaikan' kau,
hati kau sudah tertutup sudah untukku,
dan aku,
bawa diriku sehingga luka sembuh.

Teringat

pedih hati ini,
sakit jiwa ini,
teringat aku teringat,
di saat kau meletakkan kepala mu dibahunya,
wajah kau menunjukkan kau bahagia,
namun,
tiada siapa yang tahu perihal disebaliknnya,
Senyumanmu.

Nama

pada setiap hujung doaku,
pasti ada namamu,
menginginkan kau bahagia dan tenang di sana,
menginginkan senyuman ikhlas dari bibirmu,
walaupun aku tidak ada dihadapanmu,
aku selalu disini,
hanya sekali sahaja aku mahu kau memandangku,
hanya sekali.